Monday, April 5, 2010

Peruntukan pembangunan bukan janji pilihan raya


HULU SELANGOR 4 April - Peruntukan pembangunan yang dijanjikan untuk penduduk di kawasan Parlimen ini bukanlah 'janji pilihan raya' sebaliknya ia merupakan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan tersebut sememangnya terdapat dalam perancangan kerajaan cuma pengumumannya dilakukan ketika ini yang kebetulan akan berlaku pilihan raya kecil.
"Sebagai contoh, saya ke Tenom, Sabah baru-baru ini dan umumkan peruntukan sebanyak RM40 juta. Bukan ada pilihan raya di sana pun.
"Jadi semua ini bukan kerana pilihan raya tetapi kerana tanggungjawab kerajaan untuk bangunkan kawasan-kawasan pedalaman secara berterusan. Kerajaan ada banyak lagi perancangan dan akan dilaksanakan di seluruh negara, bukan di Hulu Selangor saja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama Orang Asli@1Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali di sini hari ini.
Shafie diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa Barisan Nasional (BN) menabur 'janji pilihan raya' bagi merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Abdul Khalid semalam turut mencabar BN untuk terus menabur lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini, termasuk mendirikan universiti di kawasan itu.
Sementara itu Shafie yang juga Naib Presiden UMNO menambah, dakwaan seperti itu membuktikan pakatan pembangkang ketandusan idea sehingga terpaksa membangkitkan isu berkenaan.
"Kita bukan seperti pembangkang yang janji macam-macam tetapi tidak ditunaikan.
"Konon mahu adil tetapi kelas Tabika Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang murid-muridnya bukan ahli UMNO pun mereka tutup," ujarnya.
Ditanya peluang BN untuk merampas kerusi Parlimen itu, Shafie hanya berkata, apa yang penting semua pihak perlu bekerja kuat.
"Segalanya terletak kepada Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang sudah serahkan pada timbalan beliau untuk buat pengumuman. Apa yang penting, kita di bawah harus bekerja kuat pastikan kemenangan berpihak pada BN," katanya.

1 comment:

  1. Merkur Futur 23c Review | Best Buy | DEccasino.com
    Merkur Futur 23C is an adjustable safety razor with a short handle, which can be attached to the handle of the blade, 1xbet korean a closed comb, Pros and cons include: A quick and easy to use shave ⋅ Handle is not quite 메리트 카지노 주소 as long as you feel it deccasino Rating: 4 · ‎Review by Damien McFerran

    ReplyDelete