Sunday, April 11, 2010

LAYAK KAH PONDOK USANG INI DIGELAR BALAI RAYA..?


Balai Raya adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk penduduk kampung berkumpul dan bermesyuarat dalam membincangkan perihal kampung. Selain itu juga balai raya ini digunakan untuk majlis keramaian tertentu.














Begini la rupa sebuah balai raya yang sempat kami singgahi petang td...balai raya yang terletak kira2 sejam perjalanan dari sebuah Bandar raya yang terkenal dengan hasil minyak dan tempat2 perlancong.... kesian rakyat...negeri kaya dengan hasil bumi tapi dari segi pembangunan infrastruktur...mereka masih jauh ketinggalan....

Keadaan balai raya di kampung ini terlalu teruk dan perlu perhatian daripada kerajaan bagi memastikan kemudahan ini dapat dijaga dan digunakan oleh penduduk setempat.Lihat sahaja bagaimana tandas di balai raya ini..?sanggup kah anda masuk dan membuang air di dalam tandas usang yang menanti masa untuk roboh..? lebih mendukacitakan keadaan bumbung balai raya itu juga bocor hingga menyebabkan air menyerap ke siling dan masuk ke dalam balai raya itu dan jika kita biarkan balai raya ini,kita bimbang kemudahan ini gagal berfungsi dengan baik apabila diperlukan...

No comments:

Post a Comment